Tuesday, September 1, 2009

ramadhan : status selawat diantara solat sunat terawih

Assalamua'laikum..

Alhamdulillah, pada kali ini kita berjaya lagi sampai/mendapat bulan ramadhan yg mempunyai begitu banyak fadhilat. Insya ALLAH sepanjang bulan ini dosa-dosa kita akan terhapus dengan melakukan amalan yang telah disyariatkan dalam islam. Antara amalan yang " popular" di bulan ramadhan ini adalah solat sunat terawih.

Kebanyakkan masyarakat di malaysia ini melakukan solat sunat terawih secara berjemaah di masjid sepertimana yg dilakukan oleh para2 sahabat di zamannya. Masyarakat malaysia juga melakukan selawat diantara dua solat sunat terawih secara beramai2 dan sesetengah mereka melaungkan dengan suara yg kuat seolah2 ingin bersaing atau ingin 'memeriahkannya'. Timbul persoalan adakah amalan ini terdapat dalam syariat islam yg cukup syumul dari segala aspek. Alhamdulillah, setelah puas mencari jawapannya, saya bertemu dengan jawapan yg mampu memuaskan hati. jawapan ini dipetik dari sebuah web yg tidak asing lg di kalangan remaja yg meminati islam dalam kehidupan mereka. sama-sama kita kongsikan.

semoga kita mendapat ilmu yg baru yg memberi manfaat. =)

Sepakat ulama’ bersetuju bahawa solat tarawih boleh dilakukan secara jemaah, cuma mereka khilaf mengenai jumlah rakaat yang dilakukan. Terdapat riwayat yang sahih mengenai zikir selepas witir, yang wujud didalam amalan solat tarawih di Nusantara ini dan telah ditambah beberapa amalan lain seperti selawat dsb.

Rata-rata dinegara Islam masih mengekalkan kewujudan solat secara berjemaah dan kedapatan rehat seketika setelah selesai solat 2 rakaat tarawih. Cuma apa yang berbeza ialah pengisian yang dilakukan diantara solat-solat tarawih tersebut. Terdapat beberapa amalan yang dilakukan diantara waktu-waktu rehat diantara solat tarawih, diantaranya adalah : berzikir, membaca al-quran, tawaf ; cuma bezanya amalan-amalan ini dilakukan dinegara-negara Arab ialah ianya dilakukan secara individu. Menurut bekas Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar, Syiekh Atiyah Saqr :-

وهذا الفاصل يُشبِه ما كان يفعله أهل مكة من قيامهم بالطواف حول البيت سبعًا بعد كل ترويحتين، الأمر الذي جعل أهل المدينة يزيدون عدد التراويح على العشرين، تعويضًا عن هذا الطواف، وهو أسلوب تنظيمي يَعرِفون به عدد ما صَلُّوه، إلى جانب ما فيه من تنشيط للمصلين، فلا مانع مطلقًا، وبهذا لا يدخل تحت اسم البدعة، فالنصوص العامة تَشهد له، فضلاً عن عدم معارضتها له، ولئن يُسمَّى بدعة فهو على نسق قول عمر ـ رضي الله عنه: نِعْمَتِ البدعةُ هذه، عندما رأى تجمُّع المسلمين لصلاة التراويح خلْف أُبي بن كعب.

“Selingan yang sama berlaku pada masyarakat Mekah pada masa solat tarawih ialah bertawaf mengelilingi kaabah 7 pusingan selepas selesai 2 rakaat tarawih, perkara ini yang menjadikan masyarakat Madinah melebihkan bilangan rakaat tarawih ke atas 20 sebagai gantian kepada tawaf, dan ini adalah cara sistematik untuk mengetahui berapa bilangan yang mereka solat, disamping akitiviti2 solat, maka tidaklah ditegah secara mutlak! Ini tidaklah dimasuk dibawah apa yang dinamakan bid’ah., nas-nas umum membuktikannya, disamping tidak ada bangkangan terhadapnya, dan jika ia dinamakan atas nama bid’ah, maka samalah dengan apa yang disebutkan oleh Umar ra : Ini adalah senikmat-nikmat bid’ah, apabila beliau melihat orang Islam bersolat tarawih berjemaah dibelakang Ubay bin Kaab”

Jelas menunjukkan bahawa masyarakat Mekah pada zaman dulu melakukan tawaf dimasa rehat diantara 2 solat tarawih, dan masyarakat Madinah pada masa Umar bin Abdul Aziz menambah rakaat sampai kepada 36 rakaat dan 3 witir sebagai ganti ibadat tawaf. Begitu juga semasa selingan (rehat) diantara 2 rakaat atau 4 rakaat solat tarawih boleh diisi dengan bacaan al-Quran, berselawat, berdo’a dsb, yang jatuh kepada definasi luas ibadat zikir. Berkata al-Syiekh lagi :

ليس هناك نص يَمنَع من الذكر أو الدعاء أو قراءة القرآن في الفصل بين كل ركعتين من التراويح أو كل أربع منها مثلاً، وهو داخل تحت الأمر العام بالذِّكْر في كل حال. وكوْن السلف الذين يُؤخذ عنهم التشريع لم يفعلوه لا يَدل على منْعه،

“Di sana tidak ada nas yang melarang berzikir atau berdo’a atau membaca al-Quran diantara setiap 2 rakaat tarawih atau setiap empat rakaat misalnya, dan ia masuk didalam kategori perintah umum berzikir didalam setiap keadaan. Pada umumnya para salaf tidak melakukannya dan tidak juga menunjukkan ianya dilarang.”

Syiekh Atiyah Saqr menjelaskan bahawa tidak pula terdapat apa-apa larangan mengenai amalan yang dilakukan pada waktu selingan tersebut. Menurut sebuah fatwa yang dikeluarkan oleh Daar al-Iftaa’

ويستحب الجلوس بين صلاة كل أربع ركعات بقدرها، وكذا بين الترويحة الخامسة والوتر، وهذا هو المتوارث عن السلف كما صلى أبى بن كعب بالصحابة وروى عن أبى حنيفة -r07; واسم التراويح ينبيء عن هذا -r07; إذ المستحب فقط هو الانتظار ولم يؤثر عن السلف شيء معين يلزم ذكره في حال الانتظار وأهل كل بلد مخيرون وقت جلوسهم هذا بين قراءة القرآن والتسبيح وصلاة أربع ركعات فرادى والتهليل والتكبير أو ينتظرون سكوتا ولا يلزمهم شيء معين .r07;

“Adalah digalakkan duduk diantara setiap 4 rakaat dengan kadarnya, begitulah di antara 5 tarawih dan witir, dan ini diwarisi sejak dari golongan salaf sebagaimana solat Ubay bin Kaab dan para sahabat yang diriwayatkan oleh Abi Hanifah - dan nama tarawih (rehat-rehat) itu sendiri dibina atas dasar ini - maka yang afdal ialah menunggu, dan tidak ada riwayat para salaf mengenai perkara tertentu yang mereka lakukan, yang dinyatakan semasa menunggu, dan masyarakat setiap negara bebas memilih masa/waktu untuk duduk, dan diantara rehat dilakukan pembacaan al-Quran, dan bertasbih, dan Solat 4 rakat berseorangan, bertahlil, bertakbir atau menunggu dengan berdiam diri dan tidak ada sesuatu perkara khas yang di lakukan.”

Apa yang jelas disini ialah amalan selingan itu dilakukan oleh individu2 yang mempunyai hajat dan cara masing-masing bagi mempertingkat amalan dibulan Ramadhan. Tidak ada kaifiat khas atau bacaan2 yang dikhaskan sebagai selingan diantara rakaat-rakaat tarawih. Mengenai bacaan selingan yang dibaca negara kita, terdapat nas-nas yang menunjukkan bahawa bacaan tersebut dibaca setelah selesai solat tarawih atau dibaca selepas witir. Dari Ubay bin Kaab ra :

كان رسول الله -صلى الله عليه وسلم- إذا سلم في الوتر قال: “سبحان الملك القدوس

“Rasulullah saw apabila selesai memberi salam solat witir, beliau berkata :’Subhana al-Malik al-Quddus’” - [Hadith riwayat al-Nasaa'i]. Didalam riwayat yang lain Rasulullah saw menyebut zikir tersebut sebanyak 3 kali. Imam Ahmad menyebut bahawa Rasulullah saw membacanya secara kuat, didalam musnadnya menyebut :-

أنه كان يقرأ في الوتر بسبح اسم ربك الأعلى ، وقل يا أيها الكافرون ، وقل هو الله أحد فإذا سلم قال: سبحان الملك القدوس سبحان الملك القدوس سبحان الملك القدوس ، ورفع بها صوته

“Sesungguhnya baginda membaca didalam witir membaca ayat Sabbihasma rabbikal ‘alaa, Qul Ya Aiyyuhal Kaafirun, dan Qul hu Allahu Ahad, dan apabila selesai salam akan mambaca : ‘Subhana al-Malik al-Quddus, Subhana al-Malik al-Quddus, Subhana al-Malik al-Quddus’ sambil menguatkan suaranya”

Kesimpulannya, ulama salaf pada masa dulu cuma melakukan rehat diantara rakaat-rakaat tarawih tanpa memberi pengkhususan mengenai amalan yang mereka lakukan. Didalam pengisian masa rehat tersebut ada yang berzikir, adan yang membaca al-Quran malah bagi mereka yang berada di Mekah akan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah. Cuma tidaklah mereka ini melakukan secara berjemaah amalan-amalan semasa rehat didalam solat tarawih seperti yang diakukan oleh masyarakat sekarang dengan selawat2. Apa yang boleh kita tekan disini ialah, di masa selingan solat tarawih, bolehlah dilakukan amalan yang boleh menambahkan pahala dan juga memohon pengampunan dari Allah swt. Kalau dirasakan dengan berselawat dapat menambahkan lagi keimanan, maka bolehlah dilakukan. Dan janganlah lakukan sesuatu amalan secara menjerit2 tanpa mengetahui makna dan tujuan melakukannya. Setiap manusia itu ditanggung jawabkan atas apa yang mereka katakan.

Sekian terima kasih (^-^)
assalamua'laikum

1 comments:

Rahmatul September 2, 2009 at 12:49 AM

maklumat lanjut
syukri 0145302405

SOKONG INDUSTRI EKONOMI ISLAM

Post a Comment

....:**Herba Penawar Al-Wahida**:....

kepada sesiapa yang berminat dengan produk kami
dan berhasrat untuk memasarkannya atau ingin memasarkan produk anda di tempat kami atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut
sila hubungi/sms:
Shafiq 013-9261565 / Izuddin 013-3529854 / Syukri 014-8041148/0145302405

©Template by bukhoryboyz.