Wednesday, August 19, 2009

BID'AH VS SUNNAH : PANDANGAN MASYARAKAT MASA KINI. BHGN 1

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ALLAH swt kerana dengan keizinannya dapat saya mencoretkan sedikit ilmu di dalam blog ini. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw.

Sabda Nabi s.a.w.: “Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Hadis diatas jelas menunjukkan bahawa sebarang pendustaan ke atas Nabi Muhammad saw adalah dilarang sama sekali. Hal ini termasuk percakapan, perbuatan, atau apa2 sahaja yang disandarkan kepada Nabi Muhammad.


Bid'ah adalah sesuatu yang diada-adakan. Sesetengah pendapat mendefinisikannya sebagai sesuatu yang diadakan tanpa mempunyai/ sandaran kepada sesuatu sebelumnya.

Manakala sunnah secara umumnya merupakan pekara yang disandarkan kepada Nabi Muhammad saw. Sesetengah Ulama' mendefinisikan sunnah adalah sama dengan hadith.

Masyarakat pada masa kini kurang memahami istilah bid'ah seperti yang dianjurkan islam. Islam amat menggalakkan umatnya membuat bid'ah 'perkara baru' dari konsep yang tidak menambah kurang dengan agama islam yang diturunkan kepada umat islam. Bid'ah yang digalakkan adalah meliputi ilmu-ilmu yang semakin kurang dikuasai oleh orang islam. Sebagai contoh seperti yang dilakukan tokoh-tokoh ilmuan pada zaman pemerintahan Abasiah dibawah pemerintahan Khalifah Harun Ar-Rasyid.

Pada masa kini kita dapat lihat umat islam semakin kurang menguasai ilmu-ilmu fardhu Kifayah seperti bidang ekonomi, perbuatan, pembuatan,penindustrian dan lain-lain tetapi sibuk menjalankan amalan-amalan yang tidak pernah diajarkan Nabi Muhammad saw.

Mereka membuat alasan ingin bertaqarrub kepada ALLAH swt tetapi mereka langsung tidak melaksanakan seperti apa yang diajar oleh Nabi tetapi hanya membuat sesuatu yang tiada sesuatu sumber yang sahih dan sorih. Ada pula yang berhujjah "ulama' dulu dah buat kenapa kita hendak meninggalkan?? Siapa kita nak melawan ilmu mereka?" begitu lemahnya hujjah mereka. Siapakah ulama' yang mereka katakan itu? Adakah muktabar? Adakah mereka lebih betul daripada apa yang dibawa oleh nabi yang jelas diterangkan dalam hadith2 sahih serta al-Quran?

Mereka ini kebanyakkannya berguru atau mempelajari dari kitab-kitab lama yang darjat hadithnya tidak dinyatakan samada sahih atau dhaif atau palsu. Mereka berhujah menggunakan hadith yg tidak pasti kesahihannya.

Implikasinya masyarakat pada masa kini lebih selesa melakukan amalan-amalan yang tiada sumber tetapi merasa pelik apabila melakukan sunnah. Malah ada yang lebih teruk lagi membidas mereka yang ingin menegakkan sunnah.

Bersambung….

By bukhoryboyz.....

0 comments:

Post a Comment

....:**Herba Penawar Al-Wahida**:....

kepada sesiapa yang berminat dengan produk kami
dan berhasrat untuk memasarkannya atau ingin memasarkan produk anda di tempat kami atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut
sila hubungi/sms:
Shafiq 013-9261565 / Izuddin 013-3529854 / Syukri 014-8041148/0145302405

  ©Template by bukhoryboyz.