Friday, August 28, 2009

MARI MENGENAL APA ITU MUAMALAT.

Pengertian Muamalat


Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia,dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya.

Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam .

Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat.

Segala harta yang ada di alam ini samada di muka bumi, dilaut atau di dasar adalah milik Allah s.w.t secara mutlak. Manusia disuruh memiliki harta yang di sediakan oleh Allah s.w.t melalui ilmu pengetahuan dan kemahiranyang di anugerahkan kepadanya. Mereka yang memiliki harta kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang amanat Allah s.w.t dan bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut.

Firman Allah S.W.T :

هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأرْضَ ذَلُولا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِنْ رِزْقِهِ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Maksudnya : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dan ingatlah kepada Allah s.w.t jualah (tempat kembali kamu) di bangkitkan (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaannya)

(Surah Al-Mulk Ayat 15)



Mencari harta kekayaan amat di galakkan oleh Islam,kerana harta merupakan alat bagi mencapai kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Dengan harta tersebut seseorang itu dapat memenuhi keperluan hidupnya di samping dapat menunaikan tanggungjawabnya terhadap agama.

Dalam mencari harta kekayaan,umat Islam di kehendaki menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalan kebaikan dan kebajikan untuk faedah bersama.


Bagi memastikan kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh manusia dilaksanakan dengan baik dan mencapai keredhaan Allah s.w.t. Islam telah menggariskan beberapa peraturan bagi mencapai matlamat tersebut.


Peraturan-peraturan Muamalat


1. Mencari harta kekayaan dengan cara yang baik dan diredhai oleh Allah s..w.t

2. Mengamalkan akhlak-akhlak yang mulia dalam menjalankan urusan ekonomi dengan pihak yang lain seperti amanah, adil, jujur, tidak menipu dan lain-lain.

3. Menjalankan sesuatu kegiatan ekonomi yang dapat memberi faedah kepada seluruh manusia.

4. Semua kegiatan yang dijalankan hendaklah berteraskan keimanan danketakwaan kepada Allah dan syariat Islam. Keimanan kepada Allah merupakan benteng untuk menghalang seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang tidak di ingini.

5. Semua kegiatan yang dijalankan bertujuan menjalinkan hubungan baik sesama manusia. Kebaikan-kebaikan yang dilakukan semasa menjalankan kegiatan ekonomi secara tidak langsung akan memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan sesama Islam dan yang bukan Islam.



Tujuan Muamalat


1) Iaitu supaya didalam kehidupan manusia tidak akan berlaku sesuatu kecurangan seperti rampas-merampas,ceroboh-menceroboh pada pemilikan serta tipudaya dan sebagainya.

2) Kehendak manusia itu sendiri ialah meletakkan manusia nilai dan taraf yang tinggi sehingga beroleh keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.


3) Muamalat juga menentukan peraturan-peraturan berusaha dan bekerja untuk manusia dengan jalan yang halal.

Sabda Rasulullah s.a.w : maksudnya :

Daripada Abdullah bin An – Nukman bin Basyir r.anhuma katanya :" Aku telah mendengar Rasullullah s.a.w bersabda : Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram) itu terdapat perkara-perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak di ketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang berjaga-jaga dari perkara-perkara yang syubhah sesungguhnya ia telah membebaskan dirinya dengan agama dan kehormatannya dan barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram, seumpama pengembala yang mengembala di sekitar padang rumput yang berpagar hampir- hampir binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rampai yang berpagar ini . Maka ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada padanya kawasan larangan dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kawasan larangan Allah adalah perkara - perkara yang telah di haramkannya . Dan ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat satu ketul daging, jika ia baik maka baiklah keseluruhan tubuh dan sekiranya ia rosak maka rosak pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia adalah hati."

(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)



Peranan Muamalat


    1. Mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera. Muamalat yang di jalankan berlandaskan syariat Islam akan melahirkan masyarakat yang aman dan jauh daripada sebarang penipuan,pemerasan,ketidakadilan,memonopoli harta dan sebagainya,inilah matlamat muamalat dalam Islam demi kesejahteraan umat manusia.
    2. Muamalat dalam Islam bertujuan menghindarkan berlakunya sebarangpenindasan sesama manusia. Islam menegah umatnya melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik yang akan menyusahkan pihak yang di tindas.
    3. Supaya semua kegiatan ekonomi yang dijalankan bersih daripada sebarang perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.t,kita hendaklah meninggalkan perkara-perkara yang keji seperti riba’,rasuah,menipu atau sebagainya yang dilarang oleh Allah s.w.t.

      Sabda Rasulullah s.a.w : Maksudnya :
      Daripada Abu Hurairah r.a. katanya : Sabda Rasulullah s.a.w “Sesiapa yang mengumpulkan harta daripada punca haram kemudian dia sedekahkan harta itu,dia tidak akan mendapat pahala,bahkan dosa yang akan menimpanya”

      (Riwayat Ibnu Khuzaimah,Ibnu Hibban dan Al-Halim)
    4. Bermuafakat secara Islam melahirkan manusia yang berakhlak mulia dalam menjalankan suatu amanat Allah s.w.t.
    5. Memudahkan manusia untuk merasai kurniaan Allah s.w.t dengan cara yang betul dan diredhainya. Sekiranya tiada peraturan bermuamalat,manusia akan melakukan apa saja untuk memperoleh harta yang banyak,mereka juga akan mengunakan harta mengikut nafsu tanpa memikirkan kepentingan orang lain.
    6. Mengalakkan manusia supaya rajin bekerja untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga,masyarakat dan negara.
    7. Melahirkan masyarakat yang saling bekerjasama, tolong –menolong dan bantu-membantu untuk kebaikan dan kebajikan bersama.
    8. Supaya harta kekayaan yang disediakan oleh Allah s.w.t tidak hanya di monopoli oleh golongan tertentu sahaja. Semua manusia berhak mendapat dan memiliki harta mengikut keupayaan masing-masing asalkan dengan cara yang betul dan diredhai Allah s.w.t

Sumber jabatan mufti melaka.

SOKONG PRODUK HALAL MUSLIM!!


Read more...

Tuesday, August 25, 2009

NESTLE FAKTA SBNAR

100 Tahun Yang Lalu

Izinkan saya membawa anda semua kembali ke sekitar 100 tahun yang lalu.

Nestle telah meletakkan batu asas empayarnya di sini jauh sebelum perkataan Malaysia itu dapat dieja.

Ini juga bermakna produk Nestle telah pun disuapkan ke mulut rakyat Islam Malaysia sejak zaman nenek moyang kita lagi. Ia masih lagi disuapkan ke mulut kita yang masih hidup pada hari ini, mungkin juga ke mulut anak-anak kita yang akan menjadi generasi baru pada masa hadapan.

Malangnya setiap suapan itu akhirnya diterjemahkan oleh Nestle sebagai peluru yang digunakan untuk menembak dada saudara kita di Palestin. Dan ini berlaku hampir setiap hari di Palestin, sedang kita begitu enak dan santai sekali menikmati Nescafe untuk minuman pagi dan Milo pada malamnya.

Ada pula yang menikmati minuman Neslo, iaitu gabungan Nescafe dan Milo dalam satu gelas dimana kedua-duanya juga adalah produk Nestle. Gandingan dua produk ini barangkali memberi kepuasan berganda-ganda kepada peminumnya, dimana setiap tegukan itu serentak dengan bedilan berganda-ganda juga ke atas bumi Palestin oleh Yahudi Laknatullah.

Milo dan Nescafe Menjadi Darah Daging Umat Islam Malaysia ?

Bukan satu rahsia bahawa rakyat Malaysia adalah pengguna terbesar minuman Milo di dunia. Fakta ini dijelaskan apabila Nestle menerima anugerah Pingat Emas untuk Malaysia-Canada Business Excellence Award pada 2006. Dinyatakan pada laman web itu:

Malaysia consumes 90% of worldwide consumption of Milo. It is so popular that almost all households have a tin of Milo and it would be almost impossible to find a restaurant that doesn’t sell Milo beverages.

Saya terjemahkan di sini:

Malaysia menggunakan 90% daripada penggunaan Milo di seluruh dunia. Ianya amat popular sehingga hampir setiap rumah mempunyai satu tin Milo dan hampir mustahil untuk mencari restoran yang tidak menghidangkan minuman Milo.


Pingat Emas untuk Nestle, fakta memalukan rakyat Malaysia




Bukankah gila atau lahapnya umat Islam di Malaysia ini sehinggakan sebesar-besar dunia ini, 90% penggunaan Milo itu datang dari rakyat Malaysia semata-mata?Fakta ini juga pernah dimasukkan dalam Wikipedia berkenaan Milo, tetapi jika anda pergi ke pautan itu kelihatannya fakta tersebut telah dihapuskan. Pautan rujukan ke Anugerah MCBC juga telah dihapuskan dari Wikipedia itu. Saya tidak tahu mengapa dan bila ia dihapuskan dari Wikipedia, tetapi mujurlah saya sempat untuk mengambil screenshot semasa ianya masih ada.



Jika anda bandingkan dengan Wikipedia yang terkini, ayat yang menyatakan Malaysia menggunakan 90% Milo itu sudah dihapuskan, atas sebab-sebab yang saya sendiri pun tidak tahu.Saya tidak fikir jika ada pihak Wikipedia yang menganggap fakta itu salah, memandangkan ianya diakui oleh Pengarah Urusan Nestle Malaysia, Sullivan O’Carrol dalam akhbar TheStar Online baru-baru ini:

O’Carrol said Milo has been available in the country for almost 60 years and Malaysians were the world’s largest consumers of Milo.

Saya terjemahkan di sini:

O’Carrol berkata Milo telah berada di negara ini hampir 60 tahun dan rakyat Malaysia merupakan pengguna Milo terbesar di dunia.


Sullivan akui rakyat Malaysia paling lahap meminum Milo. Sumber>>

Adakah kita berbangga dengan kenyataan ini? Kita, rakyat Malaysia, yang beragama Islam terutamanya, begitu berjasa kepada Nestle melalui penggunaan Nescafe dan Milo selama ini.Produk Nescafe dan Milo ini menyumbangkan keuntungan kepada Nestle sebanyak 63% di Malaysia berbanding produk Nestle yang lain. Dan keuntungan ini digunakan oleh Nestle untuk membantu Israel melenyapkan bumi Palestin.

Hasil jasa baik kita semua ini telah membawa Nestle ke tahap yang tinggi sehingga kini. Sudah tiba masanya untuk kita menjatuhkannya.

Nestle Ketawa Melihat Jahilnya Umat Islam

Sumber rujukan: InMinds.co.uk


Dato Shahrir menikmati darah umat Palestin Milo di hadapan Sullivan. Sumber>>

Semasa kita umat Islam Malaysia masih setia menggunakan produk Nestle menjadi sebahagian darah daging kita, syarikat itu telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar makanan dari Israel iaitu Osem Investment pada tahun 2000 untuk membina sebuah fasiliti R&D di Sderot, Israel.R&D itu digunakan sebagai .pusat pembangunan bagi makanan snek (ya, makanan yang kita semua jamah setiap hari itu) dan jutaan dollar dilaburkan untuk operasi R&D tersebut.

Pusat R&D itu dibina di atas tanah haram di bawah kerajaan haram Israel. Dan jutaan dollar dilaburkan ke atas pusat R&D haram itu tiap-tiap tahun. Tanah yang dirampas dari tangisan dan darah umat Palestin itu senang-senang sahaja digunakan oleh Nestle untuk kemudahan dirinya, malah memberi manfaat pula kepada kerajaan haram Israel.

Sebangsat mana lagi kelakuan Nestle yang diperlukan sebelum kita mahu memboikotnya?

Setiap produk Nestle yang kita jamah itu mengandungi satu lagi kandungan ramuan yang terlindung, iaitu darah umat Palestin!

Pada 1998, Peter Brabeck-Letmathe (salah seorang Lembaga Pengarah Nestle, kini sebagai Pengerusi), mewakili syarikat Nestle telah menerima Jubilee Award disampaikan oleh Perdana Menteri Israel sendiri iaitu Benjamin Netanyahu.

Anugerah Jubli ini adalah yang tertinggi pernah diberikan oleh kerajaan haram Israel sebagai tanda penghargaan kepada individu atau organisasi yang berjasa kepada kerajaan haram tersebut, samada melalui perdagangan atau pelaburan.

Berjasa di sini bermakna individu atau organisasi itu telah membantu ekonomi Israel, meningkatkan kewangannya untuk membeli lebih banyak senjata api untuk membunuh rakyat Palestin, menghalau mereka dari tanahair sendiri dan membina binaan haram di atas tanah yang dirampas.

Membeli produk Nestle bermakna membantu dan mengiktiraf kerajaan haram Israel. Setiap sen yang dibelanjakan untuk membeli produk mereka akan sampai kepada kerajaan haram Israel. Dan Israel akan menyampaikan setiap sen yang kita berikan dalam bentuk peluru yang dibedil ke atas umat Islam Palestin.

Apa Pendirian Kita?

Ramai di antara kita yang hanya pandai merungut.

  • Macam mana nak boikot kalau dah kedai makan cuma jual Milo je, mana ada produk lain?
  • Macam mana nak boikot kalau dah kedai runcit cuma ada produk Nestle je, mana ada produk lain?

Pernahkah kita bersuara kepada tauke kedai meminta mereka menukar menu minuman dari Milo kepada jenama lain? Pernahkah kita berkata kepada mereka yang kita tidak mahu jenama Milo, Nescafe, Nesquik, Maggi dan sebagainya? Pernahkah kita mendesak mereka menyediakan jenama lain?

Kebanyakannya akan menjawab TIDAK. Bermakna kita TIDAK melakukan apa-apa tindakan tetapi hanya pandai merungut. Kita tidak bertindak, apatah lagi menyuarakannya.

Lebih malang lagi jika kita langsung tidak peduli untuk memboikot. Mungkin juga menjadi lebih bangsat apabila kita memperlekehkan pula usaha memboikot.

Berapa lama lagi perlu kita tunggu sebelum kita mahu mula memboikot produk Nestle?

Jika kita masih mahu menunggu sehingga Palestin hancur, maka ketahuilah bahawa Palestin telah lama hancur!!

Sumber dari Blog PEDULI

Kepada rakan ahli HPA yang belum mencuba Radix Koko, bertindaklah segera hari ini juga. Ia ternyata lebih sedap dari produk minuman coklat yang lain. Tinggalkan produk Milo dan yang seangkatan dengannya.

Read more...

Wednesday, August 19, 2009

BID'AH VS SUNNAH : PANDANGAN MASYARAKAT MASA KINI. BHGN 1

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ALLAH swt kerana dengan keizinannya dapat saya mencoretkan sedikit ilmu di dalam blog ini. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw.

Sabda Nabi s.a.w.: “Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Hadis diatas jelas menunjukkan bahawa sebarang pendustaan ke atas Nabi Muhammad saw adalah dilarang sama sekali. Hal ini termasuk percakapan, perbuatan, atau apa2 sahaja yang disandarkan kepada Nabi Muhammad.


Bid'ah adalah sesuatu yang diada-adakan. Sesetengah pendapat mendefinisikannya sebagai sesuatu yang diadakan tanpa mempunyai/ sandaran kepada sesuatu sebelumnya.

Manakala sunnah secara umumnya merupakan pekara yang disandarkan kepada Nabi Muhammad saw. Sesetengah Ulama' mendefinisikan sunnah adalah sama dengan hadith.

Masyarakat pada masa kini kurang memahami istilah bid'ah seperti yang dianjurkan islam. Islam amat menggalakkan umatnya membuat bid'ah 'perkara baru' dari konsep yang tidak menambah kurang dengan agama islam yang diturunkan kepada umat islam. Bid'ah yang digalakkan adalah meliputi ilmu-ilmu yang semakin kurang dikuasai oleh orang islam. Sebagai contoh seperti yang dilakukan tokoh-tokoh ilmuan pada zaman pemerintahan Abasiah dibawah pemerintahan Khalifah Harun Ar-Rasyid.

Pada masa kini kita dapat lihat umat islam semakin kurang menguasai ilmu-ilmu fardhu Kifayah seperti bidang ekonomi, perbuatan, pembuatan,penindustrian dan lain-lain tetapi sibuk menjalankan amalan-amalan yang tidak pernah diajarkan Nabi Muhammad saw.

Mereka membuat alasan ingin bertaqarrub kepada ALLAH swt tetapi mereka langsung tidak melaksanakan seperti apa yang diajar oleh Nabi tetapi hanya membuat sesuatu yang tiada sesuatu sumber yang sahih dan sorih. Ada pula yang berhujjah "ulama' dulu dah buat kenapa kita hendak meninggalkan?? Siapa kita nak melawan ilmu mereka?" begitu lemahnya hujjah mereka. Siapakah ulama' yang mereka katakan itu? Adakah muktabar? Adakah mereka lebih betul daripada apa yang dibawa oleh nabi yang jelas diterangkan dalam hadith2 sahih serta al-Quran?

Mereka ini kebanyakkannya berguru atau mempelajari dari kitab-kitab lama yang darjat hadithnya tidak dinyatakan samada sahih atau dhaif atau palsu. Mereka berhujah menggunakan hadith yg tidak pasti kesahihannya.

Implikasinya masyarakat pada masa kini lebih selesa melakukan amalan-amalan yang tiada sumber tetapi merasa pelik apabila melakukan sunnah. Malah ada yang lebih teruk lagi membidas mereka yang ingin menegakkan sunnah.

Bersambung….

By bukhoryboyz.....

Read more...

Monday, August 17, 2009

STRATEGI PERNIAGAAN.

Assalamualaikum……

Alhamdulillah… bersyukur kehadrat ALLAH swt yang telah memberikan kami keizinan kepada kami memulakan perniagaan kami sendiri. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad telah menyampaikan risalah islam kepada umat manusia.



PENGENALAN

Muamalat merupakan salah satu cabang dari kesyumulan islam. Muamalat bermaksud semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia,dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya. Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam .

Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat.



uqèd Ï%©!$# Ÿ@yèy_ ãNä3s9 uÚöF{$# Zwqä9sŒ (#qà±øB$$sù Îû $pkÈ:Ï.$uZtB (#qè=ä.ur `ÏB ¾ÏmÏ%øÍh ( Ïmøs9Î)ur âqà±Y9$# ÇÊÎÈ



15. Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, Maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezki-Nya. dan Hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan. (al-Mulk :15)





OBJEKTIF

a. Melahirkan usahawan-usahawan islam yang menguasai bidang muamalat dalam secara ilmiah dan juga secara praktikalnya.


b. Berusaha untuk membantu umat islam melalui bidang ekonomi dan meningkatkan sumber kewangan islam di malaysia.


c. Membantu menerapkan nilai-nilai islam kepada masyarakat terutama pelajar melalui barang yang dikeluarkan.


d. Membantu usahawan-usahawan islam yang lain dalam memasarkan barangan mereka yang halal dan sesuai untuk pengguna islam.



Daripada Abdullah bin An – Nukman bin Basyir r.anhuma katanya :" Aku telah mendengar Rasullullah s.a.w bersabda : Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram) itu terdapat perkara-perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak di ketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang berjaga-jaga dari perkara-perkara yang syubhah sesungguhnya ia telah membebaskan dirinya dengan agama dan kehormatannya dan barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram, seumpama pengembala yang mengembala di sekitar padang rumput yang berpagar hampir- hampir binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rampai yang berpagar ini . Maka ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada padanya kawasan larangan dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kawasan larangan Allah adalah perkara - perkara yang telah di haramkannya . Dan ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat satu ketul daging, jika ia baik maka baiklah keseluruhan tubuh dan sekiranya ia rosak maka rosak pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia adalah hati."

D(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)


e. Membina perwatakan seorang guru pelatih yang mempunyai sahsiah yang bersepadu, beretika dan berdisiplin.


f. Mewujudkan hubungan yang erat dengan masyarakat luar melalui perniagaan.



SASARAN

Koperasi sekolah menengah dan rendah serta kedai-kedai runcit serta buku.



PRODUK

Barangan cendera hati buatan sendiri, barangan siap keluaran syarikat islam, makanan dan minuman,



MODAL

RM 600



AHLI

Mohd Shafiq bin Ab Majid

Mohd Izuddin bin Istakal

Rahmatul Syukri bin Haidin

(Rujuk 'Tentang Kami')



STRATEGI PERNIAGAAN

(DALAM PROSES UNTUK DILAKSANAKAN)



PERINGKAT PERTAMA (selesai)



Menghasilkan produk dan menjualnya untuk mendapat maklum balas pelanggan.


-Menghasilkan produk tetap (setelah diperbaiki dari masa ke semasa mengikut maklum balas pelanggan)


- Mempromosikan perkhidmatan membuat 'keychain' dan 'bookmark' mengikut kehendak pelanggan.


- Membuat perbandingan jualan antara lapisan umur pelanggan (Sek. Men. Dengan Sek.Ren)


- Mencari produk sampingan untuk mempelbagaikan lagi barangan.



- Mencari kawasan yang sesuai untuk memasarkan barang.



PERINGKAT KEDUA (dalam proses)



- Membuat pengstrukturan pemasaran bagi keseluruhan barang jualan.


- Membuat analisis pemasaran mengikut kawasan yang menjadi target perniagaan.


- Membuat usaha sama dengan beberapa syarikat bumiputra islam dalam matlamat menjadi

pengaedar barangan keluarannya.


- Membuat usaha sama dengan koperasi, badan-badan dan persatuan di sekolah untuk memasarkannya melalui program-program yang dianjurkan oleh mereka.


- Mengedarkan barangan ke seluruh kawasan dan sekolah-sekolah yang menjadi sasaran.


- Mengambil langkah bagi mencari pelanggan tetap dan juga pengedar tetap perniagaan.




PERINGKAT KETIGA (insyaALLAH)



- Membuat strategi pemasaran tetap bagi perniagaan.


- Mencari dana untuk mengembangkan lagi pasaran perniagaan


- Berusaha mencari pendapatan tetap bagi perniagaan agar mampu mengeluarkan zakat.


- Berusaha mencari keuntungan kekal untung mengeluarkan dana untuk kebajikan.


- Menjadikan perniagaan ini sebagai satu peluang atau platform kepada remaja islam menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan.


- Berusaha menjadikan perniagaan ini salah sebuah syarikat yang diiktiraf dan mampu memberi manfaat kepada seluruh masyarakat.



SEMOGA SEGALA APA YANG DIRANCANG DIMAKBULKAN OLEH ALLAH SWT.

SEMOGA PERNIAGAAN INI MENJADI SATU KAEDAH DAKWAH KEPADA MASYARAKAT MENGENAI BIDANG EKONOMI YANG SEMAKIN MENGELIRUKAN PADA MASA KINI

INSYAALLAH


YA ALLAH, BANTU LAH KAMI DALAM MENJADIKAN CITA-CITA KAMI SATU KENYATAAN AGAR APA YANG KAMI LAKUKAN INI MENJADI TITIK TOLAK PERUBAHAN DIRI KAMI KE ARAH YANG LEBIH BAIK. NIATKANLAH HATI KAMI BUKAN MENCARI KEKAYAAN SEMATA-MATA TETAPI MELAKUKAN SESUATU YANG BERMANFAAT MENERUSI NIKMAT-NIKMAT YANG ENKAU KURNIAKAN. AMIN…..



*kepada sesiapa yang berminat untuk mengedarkan barang-barang kami di tempat atau sekolah mereka bolehlah menghubungi kami –klik disini-

*kepada sesiapa yang ingin memasarkan barangan mereka melalui kami, bolehlah menghubungi kami. Tiada cas dikenakan, kami hanya akan mengambil keuntungan daripada penjualan barangan tersebut sahaja.

(produk cenderamata dan barangan ringan digalakkan)

–klik disini-

wassalam

Read more...

....:**Herba Penawar Al-Wahida**:....

kepada sesiapa yang berminat dengan produk kami
dan berhasrat untuk memasarkannya atau ingin memasarkan produk anda di tempat kami atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut
sila hubungi/sms:
Shafiq 013-9261565 / Izuddin 013-3529854 / Syukri 014-8041148/0145302405

  ©Template by bukhoryboyz.