Friday, July 10, 2009

SEJARAH PENUBUHAN.


Penubuhan CSI designer adalah tidak dirancang sama skali. Bertapak di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan(IPGM KTAA) yang terletak di Kuala Lipis Pahang, kami mendapat semangat apabila tutor kami ust nasurdin memberi dorongan kepada kami untuk mengamalkan ilmu yang kami belajar (muamalat). Islam perlulah diamalkan sepenuhnya, oleh itu sebagai seorang ustaz yang ingin menyahut cabarannya, kami berazam untuk memulakan perniagaan. Setelah dikaji, bermodalkan RM 300 kami memulakan perniagaan menjual cendera hati seperti ‘key chain’, penanda buku, button. Untuk membuat kelainan, kami mengambil inisiatif untuk mengeluarkan produk kami sendiri secara kecil-kecilan di samping mempromosikan barang siap yang lain. Selain itu kami juga berusaha menjadikan perniagaan ini berlandaskan islam sepenuhnya agar segala ilmu diperolehi dapat diamalkan seperti melaksanakan solat hajat, mengeluarkan sedikit daripada keuntungan untuk kebajikan dan lain-lain. Semoga cita-cita kami berjaya di dunia dan akhirat.
Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

....:**Herba Penawar Al-Wahida**:....

kepada sesiapa yang berminat dengan produk kami
dan berhasrat untuk memasarkannya atau ingin memasarkan produk anda di tempat kami atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut
sila hubungi/sms:
Shafiq 013-9261565 / Izuddin 013-3529854 / Syukri 014-8041148/0145302405

  ©Template by bukhoryboyz.